Tuesday, 9 October 2018

Komitmen MSNT Buah Hasil - Khalil Abdul Hadi

SHARE
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) beramah mesra dengan atlet-atlet DUN Batu Buruk.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU - Komitmen Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang begitu tinggi malah mempunyai perancangan strategik telah membuahkan hasil.

Ianya terbukti dengan Terengganu sekali lagi mencapai kejayaan menjadi juara keseluruhan di dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kali Ke-19 di Perak baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian,Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kejayaan tersebut didorong oleh kesungguhan dan perancangan yang strategik oleh MSNT.

“Tahniah kepada MSNT yang memberikan komitmen yang begitu tinggi dan perancangan strategik yang dilakukan secara berterusan sehingga membuahkan hasil,’’ ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Kali Ke-19 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di sebuah hotel, di sini (8 Oktober).


Turut hadir sama, Pengarah MSNT, Haji Ibni Amin Busu, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh, Ahli Jawatankuasa i-MiTS DUN Batu Buruk dan atlet-atlet yang diraikan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: