Wednesday, 3 October 2018

Ketepikan Pendapat Di Gelanggang, Jangan Jadi Samseng

SHARE
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kanan) menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

MARANG - Perbezaan ideologi dan pendapat politik haruslah diketepikan dalam aktiviti sosial bagi mengekalkan kehidupan yang harmoni dalam bermasyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengharapkan pembukaan Gelanggang Silat Batu 9 dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama masyarakat.

"Bersilatlah dengan baik walaupun kita berlainan pendapat dan parti.

"Saya harap anak muda yang menyertai silat ini mempunyai tujuan murni iaitu mempertahankan diri dan bukannya menjadi samseng.

“Syabas pihak penganjur yang mengadakan program ini yang bertujuan supaya anak muda tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,” tambahnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat Batu 9, di Gelanggang Silat Arwah Pok Hassan Batu 9, Padang Mengkuang (2 Oktober).

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Bukit Payung turut memukul gong sebagai gimik perasmian dan menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.


Beliau juga menyampaikan pulut kuning kepada pengajar silat dan menonton persembahan silat  dari Persatuan Seni Silat Sri Rama Harimau.

Antara yang turut hadir adalah Penghulu Mukim Bukit Payung (Pekan), Zafiri Ahmad Zaki, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Ismail serta penduduk Kampung Batu 9.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: