Thursday, 11 October 2018

Kesedaran Masyarakat Basmi Wabak Denggi

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Orang ramai perlu sentiasa menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong secara aktif sama ada di kawasan kediaman atau di tempat kerja untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fauzi, berkata kesedaran masyarakat terhadap wabak denggi harus ditingkatkan sentiasa supaya dapat mencegah daripada wabak itu menular.

Katanya, setiap ahli dalam komuniti harus memainkan peranan agar wabak dapat dielakkan terutama musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang terutama kebersihan rumah masing-masing.

"Sangat perlu bagi setiap orang luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bagi membersihkan persekitaran agar dapat dipastikan tiada tempat takungan air untuk jentik-jentik membiak dan menjadi lava dan akhirnya bertukar menjadi nyamuk aedes.

"Pastikan tidak ada air yang bertakung dalam pasu bunga, perangkap air peti sejuk, tempat minum burung atau haiwan kesayangan, bekas menyimpan air dan juga bekas bunga didalam rumah manakala persekitaran rumah pula ialah tayar buruk, palong hujan, tangki air, tempurung kelapa, tin-tin minuman dan juga septik tank," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir didalam program gotong-royong membasmi nyamuk aedes di Felda Jerangau pada Khamis 11 Oktober.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu, Mohd Azani Hj Md Noor, Penolong Pengurus Felda Jerangau, Mohd Zuhdi Wan Ahmad, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda Jerangau, Mahsuri Abdul Ghani, Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razeet Noordin dan wakil Majlis Perbandaran Dungun.

Menurut Tengku Muhammad Fakhruddin, cara untuk mengenali nyamuk aedes ialah kakinya adalah berbelang hitam dan putih dan kitaran dari telur menjadi nyamuk adalah selama tujuh hari.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung Felda Jerangau Cawangan B, Anuar Omar berkata, adalah menjadi harapannya agar program ini mampu menyuntik semangat kepada penduduk setempat supaya bertanggungjawab dalam menghindari wabak ini dari berlaku.

"Sebelum ini, sudah beberapa orang penduduk (disini) telah terkena demam denggi dan  Doktor pun sudah memberi nasihat jika demam terus ke Klinik.agar dapat dirawat, dan dapat dicegah dari berlarutan sekiranya ada tanda-tanda awal terkena demam ini,”katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: