Sunday, 7 October 2018

Kerjasama Kerajaan Negeri, Pusat Bantu Rakyat

SHARE
Ustaz Ariffin (tengah) menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan JKM kepada salah seorang penerima di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, hari ini.   

MARANG - Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan bukan sahaja mewujudkan hubungan baik, malah membawa kebaikan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk membantu Kerajaan Pusat terutama hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

“Sehingga sekarang, kita mempunyai kerjasama yang baik dengan Kerajaan Pusat termasuk dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri.

“Kalau ada mana-mana agensi pusat yang ingin bekerjasama dengan pihak negeri, kita sentiasa bersedia kerana yang penting adalah kita bersama-sama dapat membantu rakyat yang memerlukan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan JKM di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat (7 Oktober).

Ustaz Ariffin yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, seramai sepuluh orang penerima baharu dalam DUN Alur Limbat telah dikenal pasti layak menerima bantuan bulanan JKM itu.

Hari ini, kita menerima kunjungan daripada wakil JKM yang menyerahkan sumbangan kepada sepuluh pemohon baru.

“Ini adalah senarai penerima baharu yang menerima bantuan bulanan dari JKM manakala penerima lama terus mendapat bantuan ini,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: