Tuesday, 30 October 2018

Kerajaan Komited Jaga Alam Sekitar

SHARE
Ir Saiful Azmi Suhaili.
Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN, 30 Oktober - Kerajaan Terengganu akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan alam sekitar yang diamanahkan Allah terpelihara untuk kepentingan generasi akan datang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program sebegini sangat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dalam menitik beratkan kepentingan ekosistem sedia ada supaya dijaga dengan baik.

"Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah penghubung terdekat dengan agensi-agensi kerajaan serta swasta, dan merekalah (yang) akan menyampaikan iltizam kepada (masyarakat) kampung masing-masing," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bengkel Pengurusan dan Pentadbiran MPKK bersama Jabatan dan Petronas, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Pusat Pendidikan Alam Sekitar (EcoCare), Kampung Labohan, Kerteh, semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Ir Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memaklumkan bahawa kenderaan seperti motosikal di bandar Wuxi, China telah ditukar kepada kuasa elektrik ataupun 'hybrid' bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

"Insya-Allah, Negeri Terengganu terutamanya Kemasik akan menjadi bertambah baik dengan penggunaan teknologi hijau pada masa akan datang," tambahnya.


Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Hasnan Abdullah, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Sarjan Major Mohd Raduan Yusof,  Pengurus Pengurusan Media, Lokman Hakim Othman selaku Ketua Pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), serta semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: