Tuesday, 16 October 2018

Karnival Maulidur Rasul Bakal Tampil Kumpulan Nasyid Tersohor

SHARE

Oleh : Zhahirah Zahid

DUNGUN –  Penganjuran Karnival Maulidur Rasul di Dewan Arena Merdeka, di sini bakal menampilkan beberapa kumpulan nasyid tersohor, antaranya Rabbani, UNIC dan In-Team.

Karnival yang  turut  mempersembahkan Bicara Ulama' itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 20 November.

Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli, berkata beliau berharap penganjuran program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan penduduk antara pemimpin.

Katanya, pelbagai pengisian program berbentuk ilmiah seperti forum dan sembang santai akan diadakan. Paling utama  Malam Kesenian Islam yang akan menampilkan kumpulan nasyid hebat iaitu Rabbani, UNIC dan In Team

"Pada awal perancangan hnya dua hari, tapi Alhamdulillah, di saat-saat akhir berlaku perubahan, di mana program ini akan berlangsung lebih lama.

“ Saya berharap seluruh warga Dungun dapat meluangkan masa hadir pada program yang berprestij ini,”ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: