Wednesday, 17 October 2018

Jelajah Manifesto Luaskan Kefahaman Masyarakat

SHARE
Haji Sazali Mohd Noor.
Oleh: Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU - Penerangan secara terperinci manifesto kerajaan negeri sangat penting dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang ingin disampaikan.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Haji Sazali Mohd Nor berkata, kerajaan telah meletakkan janji kepada rakyat Terengganu pada Pilihanraya Umum 14 (PRU 14) apabila 20 manifesto utama diiklankan dalam kempen mereka.

"Menteri Besar telah menyatakan bahawa Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu memberi jaminan akan menunaikan kesemua 20 perkara tersebut pada penggal pemerintahan sebagaimana dijanjikan.

"Majlis Tindakan Dun (MTD) yang menguruskan satu- satu DUN perlu lebih kuat berusaha dalam  melaksanakan janji ini," jelasnya ketika berucap dalam Program Jelajah Penerangan Manifesto di Kampung Bukit Ara, Ajil, kelmarin (15 Oktober).

Program anjuran UPDI dengan kerjasama Penerangan Muslimat DUN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Ajil itu bertujuan memberi penerangan berkaitan perjalanan pelaksanaan manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Penerangan tentang pelaksanaan dari aspek pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial memberi kefahaman kepada rakyat yang hadir bahawa kerajaan negeri berada di landasan yang betul dalam membangunkan negeri.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: