Monday, 15 October 2018

i-MiTS Alur Limbat Ziarah Bakal Tetamu Allah

SHARE
Pihak i-MiTS DUN Alur Limbat menyampaikan sumbangan kepada Fatimah Mamat di kediamannya.
Oleh: Ahmad Fadhilah Azman

MARANG - Lima penduduk Kampung Tasek menerima kegembiraan berganda apabila menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman bagi mengerjakan umrah buat kali pertama.

Rokiah Mat Amin bersama pasangannya, Omar Abu Bakar, Zabedah Idris, Fatimah Mamat dan Ramlah Sulong menerima kunjungan wakil Ariffin di kediaman mereka, hari ini (13 Oktober).

Rokiah turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kesudian rombongan wakil rakyat tersebut menziarahi mereka sebelum berangkat ke tanah suci.

Sumbangan disampaikan oleh Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Fatimah Mohamad yang hadir mewakili ADUN bersama ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek.

Fatimah Mohamad (kanan) dan AJK MPKK Tasek beramah mesra bersama salah seorang peserta.
Fatimah berkata, pihak i-MiTS mendapat maklumat tentang peserta daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK Tasek.

"Oleh yang demikian, kita adakan program ziarah ke rumah mereka sebagai sebahagian tanggungjawab pemimpin kepada rakyat.

"Alhamdulillah, saya melihat kegembiraan tergambar di wajah mereka yang akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama.

"Selain bertanya khabar, kita turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada ADUN Alur Limbat yang tidak dapat bersama pada hari ini," katanya.

Kelima-lima peserta umrah itu bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini dan akan berangkat ke tanah suci Mekah esok.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: