Thursday, 11 October 2018

Habitat Semula Jadi, Budaya Kampung Jadi Tarikan Pelancongan

SHARE


Oleh : Khairan Mat Jusoh

KUALA TERENGGANU - Keistimewaan habitat semula jadi dan budaya masyarakat kampung bakal dijadikan sebagai tarikan baharu sektor pelancongan negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan juga mahu keunikan senibina dalam masyarakat diberi nilai tambah supaya dapat menarik perhatian pelancong daripada seluruh dunia.

" Kehadiran pelancong ke Terengganu pastinya untuk melihat sesuatu istimewa yang tiada di tempat mereka,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program persidangan TEMCO tersebut di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, 10 Oktober.

Sulaiman yang juga Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, perkara itu akan turut dibincangkan sempena Terengganu International Eco & Marine Tourism Conference (TEMCO) bagi tujuan penambahbaikan industri pelancongan negeri.


Perasmian program disempurnakan dengan gimik beliau memerah santan menggunakan alat tradisional Melayu yang dikenali sebagai kapitan santan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: