Thursday, 25 October 2018

Giatmara Bantu Ceriakan Rumah Ehsan

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 24 Oktober - Pelajar Pusat Giatmara Paka, Ketengah Jaya dan Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini berpadu tenaga melaksanakan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan Rumah Ehsan di AMBS ceria dan selesa untuk penghuninya.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata,usaha sekumpulan pelajar berkenaan membaik pulih peralatan rosak terutama katil dan perabot serta mengecat siling dan dinding juga bagi meraikan sambutan Hari warga Emas November ini.

"Alhamdulillah, usaha bagi menceriakan Rumah Ehsan serta memperbaiki segala alatan dan katil yang rosak dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama pelajar Giatmara di daerah ini.

"Inisiatif ini wajar dicontohi dan dipuji kerana mereka melaksanakan keja murni demi keselesaan warga Rumah Ehsan yang memerlukan perhatian ramai,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika berkunjung ke Rumah Ehsan, AMBS, di sini.

Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan Rumah Ehsan berkata, penghuni Rumah Ehsan di kalangan warga emas perlu tinggal dalam keadaan yang kondusif, selesa, ceria dan tenteram kerana ianya membantu serta mewujudkan suasana yang tenang serta harmoni.






"Rumah Ehsan ini bukan sekadar menempatkan warga emas yang tiada pewaris, tapi turut berfungsi sebagai hospital yang merawat warga emas yang sakit melarat sehingga ke akhir hayat jadi ia perlu sesuai dan selesa untuk pesakit juga,"katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap Rumah Ehsan itu turut disediakan aktiviti seperti kuliah agama secara berkala bagi memantapkan lagi aspek sahsiah dan kerohanian penghuninya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: