Sunday, 7 October 2018

Duta Besar Amerika Syarikat Teruja Ikuti Aktiviti Tradisional Terengganu

SHARE


Oleh: Ahmad Mawardi

KUALA TERENGGANU-  Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Terengganu, Kamala Shirin Lakhdhir bersama delegasi  mengakui  sangat teruja dengan demonstrasi  pembuatan dan permainan wau  yang dipertonton kepada mereka di kampung Tualang Manir petang semalam..

Kunjungan delegasi  ke Terengganu itu sempena sesi Lawatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu yang diaadakan selama tiga hari dua malam.

Pelbagai aktivi lain diikuti antaranya, mempelajari  adat perkhawinan orang Melayu, lawatan ke lokasi bersejarah dan tidak ketinggalan di bawa ke Pasar Payang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, kewujudan program seperti itu dapat mengekalkan warisan budaya dan menzahirkan kepada dunia luar dan masyarakat setempat terhadap budaya kesenian kita.

“Pendwekatan itu penting bagi memelihara tapak atau objek kebudayaan sangat mempunyai kepentingan kepada sejarah atau budaya warisan Terengganu," tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan media manir yang sedang berada di negara Jordan dalam urusan kerja.

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid dan Ketua Belia Manir Ustaz Hamdi Dato' Harun yang mewakili ADUN Manir.

Program ini berjalan lancar hasil gabungan persatuan Belia Sri Tualang, MPKK Tualang, Persatuan Pelayang Dun Manir Dan masyarakat setempat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: