Tuesday, 30 October 2018

Dr Samsuri Sedia Sumbang Kepakaran Bantu Tragedi Lion Air JT 610

SHARE

KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Pakar aeroangkasa, Dr Ahmad Samsuri Moktar bersedia menyumbang kepakaran sekiranya diperlukan oleh kedutaan  Indonesia bagi membantu menyiasat kejadian Pesawat Lion Air, JT 610 yang terhempas di perairan Kerawang, Indonesia, semalam.

Katanya, kesudian itu dianggap sebahagian tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia bagi membantu negara jiran.

“Bagaimanapun kita perlu menunggu laporan siasatan berkaitan itu, saya sendiri pun tidak tahu secara mendalam, sekiranya memerlukan bantuan, saya sudi bantu setakat yang mampu.

“Saya percaya dalam situasi itu, juruterbang tidak mampu mengambil sebarang tindakan sekiranya pesawat mengalami teknikal atau kerosakan enjin,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian itu, seramai 189 penumpang termasuk dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi serta anak kapal gagal diselamatkan.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih di Taman Tamaduan Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis itu  bagi meraikan persaraan bekas Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT), Razaki Puteh serta dua bekas kakitangan PMINT, Ismail Wahab dan Zawiah Abdullah.

Ahmad Samsuri turut memberitahu, dalam memastikan PMINT terus memacu pembangunan negeri, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

“Oleh itu, dia menyarankan warga kerja PMINT sama ada pihak pengurusan dan kakitangan sokongan perlu bekerja secara berpasukan kerana impaknya sangat besar kepada organisasi,” katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: