Monday, 1 October 2018

Bola Cetong Rapatkan Hubungan Pimpinan Dan Masyarakat

SHARE
Ustaz Ariffin Deraman (kanan) bermain Permainan Bola Cetong bersama pengunjung.
KUALA TERENGGANU - Permainan Bola Cetong ataupun yang dikenali Baling Tin adalah salah satu permainan tradisional dimainkan oleh para pimpinan kerajaan dan rakyat untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka.

Ketua Metodologi Muzium Negeri Terengganu, Mohamad Hafiz Abdul  Rahman, 35, berkata, ianya diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tradisional.

“Sejarah permainan bola cetong ini adalah  salah satu permainan kanak-kanak kampung di Negeri  Terengganu dahulu.

“Dulu (di mana-mana kawasan) kampung cukup popular dengan permainan ini kerana semua kanak-kanak berkumpul (di tanah lapang) dan kebanyakan mereka bermain waktu Asar sehingga waktu Maghrib,” katanya.

Permainan Bola Cetong diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tersebut. Mohamad Hafiz Abdul Rahman.
Beliau yang juga merupakan urusetia permainan tersebut berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Batu Buruk pada 29 September.

Beliau menambah, permainan tradisional tersebut telah dijalankan setiap tahun dan telah mendapat sambutan dari semua pihak samada para pimpinan dan masyarakat.

Justeru, beliau mewakili pihak muzium berharap permainan Bola Cetong dapat diperkenalkan balik di kawasan masing-masing dan dapat mencetuskan minat dalam permainan tersebut.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: