Tuesday, 2 October 2018

Bantuan Disalur Kepada Yang Berhak

SHARE



Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT - Bantuan perlu disalurkan kepada yang berhak demi mensejahterakan rakyat bersesuaian dengan kehendak kerajaan, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada surirumah atau isteri sebagai mengiktiraf dan menjaga kebajikan golongan wanita.

“ Ini adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan oleh pihak berwajib untuk membantu rakyat dalam soal menyalurkan bantuan kepada yang berhak.

"Hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk mendapatkan hak masing-masing. Jika rakyat berhak menerima maka kita akan bagi. Kita ambil pendekatan untuk mengembalikan hak kepada mereka yang layak.

"Kita tidak mahu ada rakyat yang terkecuali serta dinafikan hak mereka. Rakyat mempunyai hak untuk memohon bantuan melalui pihak yang telah ditetapkan."

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program taklimat KWSP kepada penerima i-Suri bertempat di Dewan Gong Kemuntong Jerteh, di sini, pada 2 Oktober.

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama KWSP Cawangan Jerteh bagi memberi kesedaran kepada suri rumah mengenai caruman KWSP.


Wan Azhar berkata, kesejahteraan rakyat perlu tanpa mengira latar belakang politik sekali gus merealisasikan matlamat kerajaan untuk melihat suasana aman serta keadilan kepada semua.

“ Antara pendekatan lain ialah menyalurkan maklumat agama kepada masyarakat. Oleh itu, program kuliah dhuha akan diadakan secara berpusat semoga masyarakat memperoleh manfaat bersama,"katanya lagi.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: