Thursday, 11 October 2018

BAKIP Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

SHARE
Ghazali menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Peniaga air tebu yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada September lalu menerima sumbangan daripada wakil kakitangan Petronas melalui Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), hari ini.

Pengarah Majils Tindakan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata bantuan itu telah disumbangkan melalui wakilnya (BAKIP)

Katanya,  pihaknya  berterima kasih kepada wakil BAKIP yang menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan mangsa.

"Sumbangan ini adalah atas rasa simpati yang dihulurkan melalui kakitangan Petronas Ethylene dan Polyethele.

"Akibat peristiwa itu, mangsa Mohd Nasri Taat  telah kehilangan tempat kediaman apabila rumah yang disewa mangsa terbakar." ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menziarahi mangsa bersama wakil BAKIP pada Selasa, 10 Oktober.

Menurut Ghazali buat masa ini mangsa mendiami rumah kuartes Balai Polis Al Muktafi Billa Shah (AMBS).

"Kebetulan ayahnya merupakan anggota polis, jadi bolehlah untuk buat penempatan sementara sebelum rumah dipulihkan semula.

"Dapatlah Isteri bersama anaknya mendiami buat sementara waktu," ujarnya.

Ghazali berterima kasih diatas ziarah kebajikan yang dilakukan oleh BAKIP, semoga derita yang dihadapi mangsa dapat dikurangkan serta dapat memulihkan kembali semangat mangsa bagi meneruskan kehidupan.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: