Wednesday, 31 October 2018

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

SHARE


SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Condore,timur laut Bunguran, barat Reef North dan barat laut Reef South sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
SHARE

Author: verified_user

0 komen: