Monday, 29 October 2018

Amalan Bersukan Perlu Patuh Syariah

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 29 Oktober -  Sukan adalah aktiviti sihat yang sentiasa digalakkan oleh Islam asalkan pelaksanaannya tidak melanggar batas-batas syariah yang ditetapkan oleh agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata semua jenis sukan boleh dilakukan dengan syarat atlet dan pesertanya menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan akhlak ketika bermain selain sentiasa menjaga solat.


"Main bola-main bola jugok, tapi solat jangan tinggal, main bola dengan menunjukkan kemahiran kita, bukan tunjuk keganasan,"katanya.

Alias berucap demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup ADUN Rantau Abang yang diadakan di Padang Bola Kampung Che Lijah, di sini, kelmarin.


Sementara itu, menurut Pegawai Khas, Abdul Halim Nasir, kejohanan dua hari itu yang menyaksikan 28 pasukan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) di DUN Rantau Abang bertarung merebut piala tersebut.

Dalam pertandingan itu, menyaksikan Balik Bukit FC telah berjaya mengalahkan Ladang Pinang Mas FC dalam pertandingan akhir untuk muncul juara dan membolot hadiah RM1,000 beserta medal, manakala Ladang Pinang Mas membawa pulang RM700 dan medal serta tempat ketiga dan keempat pula mendapat RM30, masing-masing dimenangi GP FC dan Kampung Baru FC.

"Sebanyak lapan pasukan layak ke Grand Final Peringkat Parlimen Dungun pada 16 - 17 November 2018, iaitu Balik Bukit FC, Rantau Abang FC, GP FC, Alor Mak Bah FC, Peladang FC, Kampung Baru FC, Seberang Pintasan FC dan Ladang Pinang Mas FC, "katanya lagi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: