Thursday, 25 October 2018

60 Penjawat Awam Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Dr Samsuri

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama sebahagian penjawat awam cemerlang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Seramai 60 penjawat awam yang telah menyemai bakti kepada kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Kesemua penerima APC yang dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dan integriti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka itu menerima hadiah berupa pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan.


Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.


Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, kejayaan yang dicapai oleh penjawat awam yang menerima APC berkenaan diharapkan menjadi inspirasi kepada keluarga dan semua penjawat awam di Negeri Terengganu.

“Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan pemangkin semangat kepada penerima anugerah untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti seterusnya menjadi ‘role model’ kepada warga kerja yang lain.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua penjawat awam untuk bersama-sama membangun dan bekerjasama dalam merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: