Sunday, 14 October 2018

353 Pelatih AKT Berjaya Tamatkan Latihan

SHARE
Prof. Dato' Dr. Sudin, Dato' Osman dan Mohd Zaid bergambar bersama sebahagian pelatih di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang, hari ini.
MARANG - Seramai 353 pelatih Akademi Kulinari Terengganu (AKT) berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pembuatan kek dan kuih muih sejak akademi itu mula diperkenalkan pada 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron berkata, AKT yang menawarkan kursus kemahiran kepada anak-anak asnaf khususnya negeri ini turut bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan GiatMara.















“YWM bersama pihak Maidam telah bekerjasama dengan GiatMara serta menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun bulanan kepada pelatih.

“Akademi ini telah berjaya menghasilkan seramai 353 graduan sejak beroperasi pada 2012 dan akan terus membantu anak-anak asnaf fakir miskin untuk lebih berjaya dan mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan melalui latihan yang diberikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang (14 Oktober).

Turut hadir, Yang DiPertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Penolong Pengarah GiatMara Negeri Terengganu, Mohd Zaid Ab Razak.

Pada majlis itu, seramai 34 orang pelatih bagi sesi ke-8 dan ke-9 tahun 2018 menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery.


Katanya, matlamat AKT adalah untuk melihat anak-anak asnaf yang dilatih memiliki perniagaan sendiri dan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi selain mendapat tempat dalam sektor pekerjaan berkaitan pembuatan kek dan kuih-muih termasuk di hotel-hotel seluruh negara.

“Maidam sanggup keluarkan dana untuk membiayai anak-anak asnaf yang belajar di AKT selama enam bulan bagi setiap kemasukan.

“Sehingga kini, anak-asnaf asnaf yang telah berjaya menamatkan pengajian telah ada yang membuka bisnes sendiri, melanjutkan pelajaran dan bekerja di hotel-hotel di bawah kelolaan YWM,” ujarnya.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: