Sunday, 23 September 2018

YDSM Bantu Usahawan Kelulut Hingga Berjaya

SHARE
Pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) akan membantu usahawan madu kelulut sehingga mereka mendapat kejayaan. Tengah - Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusof
foto - Solahuddin Al Idrus

HULU TERENGGANU -  Pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) akan membantu usahawan madu kelulut sehingga mereka mendapat kejayaan.

 Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusof berkata, mereka akan cuba memberi pertolongan apa jua bentuk bagi memastikan para peserta berjaya.

"Mereka akan memastikan dari semasa ke semasa bagi memastikan para usahawanita sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri mereka.

"dan akan didedahkan dengan pelbagai kursus sepertimana yang dilaksanakan untuk program usahawan yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Sijil Tamat Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut  YDSM dan Bengkel E- Usahawan di Taman Pertanian Sekayu, pada Khamis 20 September.

Katanya, sebanyak hampir RM90 ribu telah dibelanjakan untuk  menganjurkan kursus tersebut.

"Dalam program ini peserta didedahkan  dengan pelbagai cara bagaimana nak memulakan buat sarang sehinggalah nak mengambil serta cara menghirup keluar madu kelulut,

“Dan selain daripada itu peserta di dedahkan  dengan cara untuk  mempelbagaikan produk daripada madu kelulut  ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak penaja memberi keutamaan kepada golongan ibu tunggal dan beliawanis serta keluarga yang berpendapatan rendah yang ingin menceburi dalam bidang tersebut bagi menjana pendapatan sendiri.

Menurut beliau, kursus program madu kelulut adalah tahun kedua dilaksanakan dengan kerjasama  daripada penaja utama iaitu ExxonMobil dan Jabatan Pertanian Negeri.

“Seramai 33 orang tahun 2018 dan 26 orang pada  tahun lepas mengikuti kursus madu kelulut.

"dan hampir semuanya berjaya menjalani perusahaan tersebut," tambahnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: