Tuesday, 25 September 2018

Wushu Bawa Berita Gembira Kepada Tiong Hua

SHARE
Ustaz Sulaiman Sulong (kiri) mengagihkan kuih bulan kepada penduduk setempat.
Oleh: Khairan Mat Jusoh

MARANG - Acara wushu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang baru berlalu telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu emas dan gangsa.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, wushu adalah sukan yang bukan sahaja popular di Negeri Terengganu, namun termasuklah di kalangan kaum Tiong Hua sendiri.

"Saya mengharapkan supaya selepas daripada ini, kaum Tiong Hua perlu untuk lebih aktif terlibat dalam sukan sama ada wushu, taekwando dan seumpamanya.

"Ianya untuk memberi nilai tambah kepada kontinjen negeri pada masa yang akan datang," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pengagihan Kuih Bulan di Taman Raya Wakaf Tapai , kelmarin (23 September).

Menurut Ustaz Sulaiman Sulong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, emas pertama wushu itu dihasilkan Wee Teck Siang, 18, bagi kategori sanda 60 kilogram lelaki selepas menewaskan Tan Xian Jun, dari Selangor menerusi tendangan 'knockout'.

Manakala, Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun pula menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya SUKMA 2018.


Beliau sempat mengagihkan kuih bulan dari rumah ke rumah di kawasan itu.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: