Thursday, 6 September 2018

Tujuh Keluarga Terima Sumbangan

SHARE


Oleh:Syed Ajizuddin

KEMAMAN- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim bersama-sama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiST) DUN tersebut telah turun padang mengadakan ziarah kebajikan pada 4 dan 5 September lepas.

Menurut Ab. Razak, sebanyak tujuh keluarga telah diziarahi dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan cek bantuan daripada Tabung Darul Iman.


“Kali ini kami berkesempatan berkunjung ke tiga buah kampung iaitu Kampung Cheneh, Kampung Cerul dan Felda Neram 2,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan itu.

Katanya, beliau juga berterima kasih kepada kakitangan i-MiST DUN Air Putih kerana menyusun progam bersama masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  yang terlibat bagi menjayakan program terbabit.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: