Sunday, 23 September 2018

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala ADUN Bukit Payung Buka Tirai

SHARE
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) menyampaikan baju t-shirt perlawanan kepada ketua-ketua pasukan.
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

MARANG - Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung telah bermula semalam yang berlangsung di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pertandingan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.

“Sekurang-kurangnya kita mengharapkan mereka menjauhkan diri daripada tindakan-tindakan yang tidak bermoral dan buruk,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dengan kerjasama Urusetia Belia N18 di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung, semalam (22 September).

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyerahkan jersi kepada pengurus pasukan yang menyertai kejohanan ini.

Perlawanan di antara Pasukan Kampung Surau Haji Daud dengan Pasukan Kampung Surau Haji Mat Zin membuka tirai Kejohanan Liga Piala ADUN Bukit Payung.

Perjalanan kejohanan liga ini mengambil masa lebih sebulan dengan penyertaan daripada 18 pasukan dari serata kampung di DUN Bukit Payung.


Padang Bola Kampung Atas Tol dan Kampung Laut juga merupakan tempat perlawanan selain di Kampung Surau Haji Daud.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: