Thursday, 6 September 2018

'Terima Kasih Kelantan'

SHARE
Wan Sukairi yang mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan cek daripada Kerajaan Kelantan yang diwakili Tuan Mohd Saripuddin di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Kerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Kelantan di atas bantuan kewangan RM50,000 untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat bencana ribut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak kerajaan negeri menghargai bantuan yang dihulurkan itu bagi meringankan bebanan mangsa.

"Mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang telah menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan ini yang akan disalurkan terus kepada Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa ribut,” katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di majlis penyerahan sumbangan tersebut, di Wisma Darul Iman, hari ini.


Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail telah menyerahkan sumbangan cek bernilai RM50,000 kepada Kerajaan Terengganu yang diwakili oleh Wan Sukairi.

Terdahulu, Kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Yakob mengumumkan perkara itu susulan melihat kepada beberapa daerah di negeri ini yang dilanda ribut.

Menurut Wan Sukairi, beberapa daerah di negeri ini dilanda ribut besar beberapa hari lalu dan menyebabkan banyak berlaku kerosakan.

"Daerah paling teruk terjejas adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang," ujarnya.

Difahamkan, lebih 1,800 rumah dan lebih 30 sekolah, terjejas akibat ribut kali ini.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: