Wednesday, 5 September 2018

Terengganu Komited Selesai Isu Tanah Sawah Terbiar

SHARE
Komited selesai isu tanah terbiat-Dr Azman- Foto oleh Saiful Mustafa

Kerajaan negeri  komited menyelesaikan isu  tanah sawah terbiar di kawasan Jelapang Padi, Setiu dengan  menambah kira-kira 400 hektar kawasan  penanaman padi baharu berbanding 335 hektar sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata difahamkan  kawasan kira-kira 400 hektar itu sudah pun dibersihkan, dibajak dan membina sistem  pengairan oleh kerajaan  sebelum ini  membabitkan peruntukan RM46 juta.

Katanya, tetapi malang, kawasan itu tidak dimanfaat sepenuhnya dan dibiarkan tanpa sebarang tanaman.

“Oleh itu, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan menyelesaikan masalah itu sebaik mungkin dengan  mencari pelbagai alternatif dan kaedah terbaik supaya kawasan tidak dibiarkan kosong.

“Perkara ini berlaku mungkin disebabkan keadaan tanah lembut , mudah mendap dan terdedah kepada banjir, jadi sukar untuk jentera  padi melakukan kerja-kerja bercucuk tanam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita, di pejabatnya, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Dr Azman turut memberitahu sebagai langkah panjang, kawasan itu  akan dibina pam air sebagai langkah menstabilkan keadaan tanah sawah.

“Sekiranya apa yang dirancang itu berjaya, pastinya lebih ramai penduduk setempat dapat menambah pendapatan dengan pengeluaran padi yang dijangka kira-kira 1.5 metrik tan setahun,”katanya  .

SHARE

Author: verified_user

0 komen: