Wednesday, 26 September 2018

Tengku Hassan Puji Tindakan Pantas Menyelamat

SHARE
Tengku Hassan meninjau keadaan rumah yang terbakar ketika melawat tempat kejadian itu, 26 September.

Oleh : M. Shukri Mohamed

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar meninjau keadaan rumah yang hampir hangus akibat lintar pintas di Jalan Ibrahim, Kampung Bukit Besar, di sini, 26 September.

Beliau bersama ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jalan Ibrahim meluangkan masa bagi meninjau tempat kejadian dan bertanya khabar keadaan mangsa selepas insiden itu.

Menurut Tengku Hassan, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan masyarakat sekitar sebaik menyedari kejadian itu amat dipuji kerana bertindak cepat bagi mengelak insiden lebih buruk dan boleh mengancam nyawa penghuni rumah dan premis berhampiran.

"Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat dan pihak bomba atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

"Semoga Allah SWT memberi kemudahan atas musibah ini,"kata beliau lagi.


Dalam kejadian tengahari 25 September lalu, sebuah rumah hampir hangus akibat litar pintas.



Ketika kejadian, mangsa, Zaini Ismail, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan menantunya tidak menyedari kejadian itu kerana menyelesaikan urusan luar.

Kejadian itu juga menyebabkan kanak-kanak yang berada di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bersebelahan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat oleh orang ramai yang kebetulan menyaksikan tragedi malang itu.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan daripada marak dan menyambar ke seluruh rumah serta- merta dengan bantuan masyarakat setempat dan pihak bomba yang bertindak pantas.
  
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: