Saturday, 1 September 2018

Tanpa Ilmu Pengetahuan Kemerdekaan Hanya Kenangan

SHARE
Dr Samsuri berucap dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan 2018. Foto - Abu Ubaidah
KUALA TERENGGANU - Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat, akan hanya menjadi sebuah kenangan sahaja.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tugas warganegara pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan.

“Sambutan (kemerdekaan) kali ini akan mengukuhkan lagi  semangat kenegaraan dan semangat patriotisma dikalangan  rakyat Malaysia tercinta.

“Ianya kerana perjuangan untuk membebaskan  negara dari dibelenggu penjajahan bukanlah  suatu perkara yang mudah dan boleh  dicapai  dalam waktu yang singkat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ambang Merdeka di Taman Shahbandar kelmarin, Khamis, 30 Ogos.

Katanya, perpaduan yang terbina semenjak perjuangan menuntut kemerdekaan perlu  diteruskan dan disemai  supaya semangat perpaduan  serta keharmonian dan keselamatan  negara  menjadi semakin kukuh.

“Tanggungjawab rakyat generasi muda hari ini adalah menghayati dan menghargai erti sebuah kemerdekaan,

“Generasi muda perlu sedar serta diberi keinsafan  supaya  sentiasa menghargai dan mempertahankan  nikmat  kemerdekaan yang sedang  kita  miliki sekarang ini,” ujarnya.


Justeru, beliau menyeru kepada semua pewaris negara supaya mempunyai jiwa besar dan kental serta mempunyai semangat patriotik seterusnya mewariskan kemerdekaan kepada generasi yang akan datang.







SHARE

Author: verified_user

0 komen: