Wednesday, 12 September 2018

Takraw Sasar Dua Emas SUKMA - Dato' Dr Khairuddin

SHARE
Dato' Dr Khairuddin (tengah) bersama 'anak angkat' Pasukan Takraw Terengganu.
Oleh: Nizam At-Takiri

KUALA NERUS - Pasukan Takraw Terengganu mensasarkan dua pingat emas untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang berlangsung pada 11 hingga 22 September di Perak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pasukan tersebut akan menghantar seramai 28 orang atlet yang terdiri daripada 11 atlet wanita dan 17 atlet lelaki.

“Dengan berkat doa daripada rakyat Terengganu dan moto 'Terengganu Nelang', insya-Allah Pasukan Takraw Terengganu akan merangkul dua pingat emas yang menjadi sasaran untuk SUKMA tahun ini," katanya.


Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan takraw negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Pasukan Takraw Terengganu di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, semalam (10 September).

Majlis dihadiri oleh 28 atlet peserta dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Takraw Terengganu.


Turut hadir, wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang menjadi penaja rasmi bagi Pasukan Takraw Terengganu.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: