Tuesday, 11 September 2018

SUKMA 2018 : Wushu Sumbang Pingat Pertama Buat Terengganu

SHARE
Mohamad Afiq Danial ketika beraksi acara Jianshu.Foto oleh: Harish Fadzillah Kassim

Oleh: Aida Abd Rahman dan Mastura Jamal Din

IPOH-Atlet Wushu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua muncul penyumbang pingat pertama kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018 selepas meraih gangsa dalam acara Jianshu (pedang) yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak sebentar tadi.

Gangsa menjadi milik atlet Melayu tunggal dari Terengganu itu selepas mengutip 9.38 mata hanya ketinggalan 0.02 mata dengan pencabar terdekatnya dari Sarawak, Elvic Bong Qian Zhen yang meraih pingat perak.

Sementara emas pula berjaya dimenangi oleh Si Shin Peng dari Melaka yang mengumpul 9.48 mata.


Mohamad Afiq, 16 ketika dihubungi berkata, dia tidak mensasarkan sebarang pingat dalam temasya peringkat kebangsaan ini, namun gangsa pertama buat kontinjen Terengganu itu menjadi momen terbaik yang menyuntik semangat untuk beraksi pada acara kegemarannya, kategori Changquan (tanpa senjata) pagi esok.

Afiq yang mendapat bimbingan jurulatih, Chong Min Fei dan Qin Gan, juga akan beraksi bagi kategori Qiengshu (tombak) pada Khamis, di mana kategori itu turut disertai empat atlet negara.

Menurut anak kedua kepada pasangan Mohamad Firdaus Chua Abdullah dan Zanariah Dahlan itu lagi, keluarganya turut  hadir memberi sokongan kepadanya sekali gus memberi inspirasi untuk memberi persembahan terbaik ketika di gelanggang.

Beliau juga berterima kasih atas sokongan keluarga, jurulatih dan kerajaan negeri khususnya Majlis Sukan Negeri Terengganu yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk beraksi pada penampilan sulung ini.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: