Thursday, 20 September 2018

SUKMA 2018: Tinju Terengganu Di Landasan - Che Alias Hamid

SHARE
Ustaz Che Alias Hamid (kanan) memberi kata semangat kepada anak angkatnya, Pasukan Tinju Terengganu.
Oleh: Wan Hadi

BAGAN DATUK - Tujuh daripada sembilan peninju yang mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 menunjukkan prestasi cemerlang apabila kekal memenuhi target yang disasarkan.

Bapa Angkat Pasukan Peninju Terengganu, Ustaz Che Alias Hamid berkata, beliau mengharapkan Pasukan Tinju Terengganu mengekalkan momentum untuk menambah pingat sekaligus mengharumkan Negeri Terengganu dalam acara ini.

“Kita satu pasukan, jangan rasa kita seorang, bila kita tengok kita seorang kita akan rasa lemah.

“Berjalanlah (pergilah) dengan diiringi keberkatan daripada Allah SWT," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan atlet di penginapan Atlet Tinju Terengganu di Ipoh, Perak, semalam (19 September).

Menurut Ustaz Che Alias Hamid yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Atlet Tinju Terengganu berjaya memasuki peringkat separuh akhir.

"Pasukan kita bertemu lawan masing-masing dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Sabah dan Sarawak pada hari ini di Dewan Dato’ Loke Hashim Bagan Datuk," tambahnya.

SUKMA 2018 telah berlangsung bermula daripada 12 september hingga 22 september dengan 31 acara dipertandingkan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: