Wednesday, 12 September 2018

SUKMA 2018 : Terengganu Ungguli Kedudukan Teratas

SHARE
Kedudukan Terkini pada hari kedua


IPOH - Kontinjen Terengganu mula menunjukkan taring sebenar pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 apabila berjaya melonjak di kedudukan teratas
pungutan pingat pada hari kedua temasya itu, dengan kelebihan dua gangsa berbanding Melaka yang mengekori di tangga kedua.

Kontinjen yang diterajui Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berjaya mengatasi Melaka dengan kutipan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Manakala tuan rumah, Perak berada di tempat ketiga dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa.

Emas pertama Terengganu dikutip menerusi Nur Aisyah Mohamamad Zubir mengungguli acara berbasikal 30 kilometer (km) perseorangan wanita dan emas kedua berbasikal pula disumbangkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerusi acara 40km individu lelaki.


Tiga lagi emas Terengganu masing-masing disumbang melalui acara judo oleh Muhammad Izham Harun (bawah 60kg lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita).

SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: