Thursday, 20 September 2018

SUKMA 2018: Terengganu Rampas Kembali Kedudukan Teratas

SHARE
Kedudukn pungutan pingat setakat jam 9.00 malam ini di portal rasmi SUKMA XIX.


IPOH- Pasukan Terengganu kembali merampas kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 daripada Wilayah Persekutuan hari ini.

Hanya selepas sehari di kedudukan kedua, pasukan Terengganu mengumpul lapan emas dan dua perak dari sukan pelayaran pada hari terakhir pertandingan sekali gus melonjak dengan pungutan 46 emas, 40 perak dan 47 gangsa.

Perenang Terengganu, Arvin Shaun Singh Chalal turut mengejutkan pasukan renang apabila memenangi emas acara 400M gaya bebas lelaki dengan catatan 04:00:59s menewaskan perenang Selangor ditempat kedua dengan masa 04:06:56.

Kutipan keseluruhan 133 pingat itu turut menjarakkan kedudukan daripada Wilayah Persekutuan yang memiliki 42 emas, 35 perak dan 42 gangsa.

Ketua kontinjen, Samiun Salleh menyatakan pencapaian hari ini memberi semangat kepada pasukan untuk terus mendominasi pungutan pingat pada baki dua hari terakhir kejohanan.

Pasukan pelayaran sumbang lapan emas lonjak keudukan Terengganu.

"Kita bersyukur dengan pencapaian atlet kita pada temasya kali ini. Kesungguhan pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pemain memastikan kita terus mendominasi walaupun bersaing hebat dengan Wilayah Persekutuan dan Selangor amat membanggakan," katanya.

Beliau turut berharap para atlet akan berusaha sebaik mungkin pada baki temasya SUKMA.

"Berbaki dua hari terakhir, kita berjaya kembali ke kedudukan teratas. Kini, apa yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan sehingga tamat kejohanan," katanya.

Terengganu turut menambah pingat perak dan gangsa melalui acara angkat berat, taekwando, menembak, olahraga, berbasikal, futsal dan gimnastik pada semalam dan hari ini.

Kontinjen Pantai Timur itu pernah menjadi juara keseluruhan SUKMA empat kali berturut-turut bermula 2008 sehingga 2012.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: