Thursday, 20 September 2018

SUKMA 2018: Terengganu Nelang! - Ir Saiful

SHARE
Ir Saiful (dua dari kanan) beramah mesra dengan atlet bola baling negeri.
Oleh: Ahmad Syahid Adnan

IPOH - Prestasi dan pencapaian Pasukan Bola Baling Terengganu (perempuan) cukup membanggakan apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor dengan keputusan 17-14.

Bapa Angkat Pasukan Bola Baling Terengganu, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, tiga perkara yang perlu ada dalam diri dan pasukan adalah kekuatan fizikal, mental dan taktikal.

"Kita bukan yang lebih baik, kita antara yang terbaik sekarang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas pasukan Terengganu disahkan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan pada hari Khamis, 20 September 2018 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.


"Saya yakin, insya-Allah dengan semangat, 'mood' positif dan permainan yang lebih baik, kita mampu menjuarai permainan bola baling," tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: