Friday, 21 September 2018

SUKMA 2018 : Terengganu Kuasa Baru Sukan Layar - Ustaz Ahmad Shah

SHARE

Oleh: Syedman

LUMUT- Pasukan Perahu Layar Terengganu mengungguli acara itu dengan menggondol lapan pingat emas dan tiga perak dari 13 kategori yang dipertandingkan sekali gus menjadi juara keseluruhan pertandingan SUKMA edisi ke-19 2018 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, semangat juang yang tinggi dari pasukan pelayaran negeri membuahkan hasil yang begitu hebat.


"Sebelum ini Terengganu hanya mencatat rekod memungut lima pingat Emas,tapi kali ini kita berjaya memecahkan rekod yang sedia ada.

"Ini merupakan satu rekod dan pencapaian yang besar. Saya mengharapkan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat para atlet dan pasukan serta memberi satu keputusan yang lebih hebat untuk kejohanan SUKMA yang akan datang,"katanya.


Beliau yang juga merupakan bapa angkat kepada Pasukan Perahu Layar Terengganu itu mengucapkan syabas dan berbangga dengan komitmen semua yang terlibat sehingga mampu mencapai kejayaan luar biasa itu sepanjang temasya di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Katanya, penghargaan itu khusus kepada barisan jurulatih, Majlis Sukan Negeri Terengganu, para atlet serta semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: