Monday, 17 September 2018

SUKMA 2018: Takraw Terengganu Peroleh Emas, Khairuddin Ucap Tahniah

SHARE
Pasukan Takraw Terengganu yang berjaya membidik pingat emas di dalam acara Takraw Lelaki.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS - Bapa angkat Pasukan Takraw Terengganu, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan pasukan takraw negeri yang memperoleh pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang sedang berlangsung bermula 16 September lalu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut berkata, beliau mengharapkan agar prestasi cemerlang itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.

"Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet-atlet Takraw Terengganu di atas kejayaan yang dicapai.

"Saya juga berharap agar mereka dapat mewakili negara di acara-acara sukan dunia seperti Sukan “Southest Asian Games” (Sukan SEA) dan sebagainya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (17 September).

Menurutnya lagi, Pasukan Takraw Terengganu menjadi berjaya menjadi johan dalam acara Takraw Lelaki sekaligus memenangi pingat Emas di SUKMA 2018 di Perak.

"Pemain-pemain tersebut kebanyakannya berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus," katanya.

Pasukan Takraw Terengganu telah bertemu dengan Pasukan Takraw Pulau Pinang di peringkat akhir acara Takraw Lelaki setelah memenangi peringkat separuh akhir bertemu dengan Pasukan Takraw Perak.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: