Thursday, 20 September 2018

SUKMA 2018: Slogan 'Win Back Mission’ Cabaran Buat Atlet

SHARE
Ustaz Wan Hassan (kiri) memberikan kata semangat buat anak angkatnya, Pasukan Petanque Terengganu.
Oleh: Nurul Zhahirah Mohamad Zahid

IPOH - Berbekalkan slogan 'Win Back Mission’, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang beraksi dalam temasya ke-19 di Perak bermula 12 sehingga 22  September berdepan dengan cabaran untuk merebut kembali kejuaraan.

Bapa Angkat Pasukan Petanque Terengganu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, slogan  itu perlu disahut semua atlet  untuk kembali  menjuarai  SUKMA  seperti mana pernah dipegang sebelum ini, iaitu juara empat kali berturut-turut.

Katanya, dia percaya semua atlet termasuk atlet pentaque mampu melakukan yang terbaik dan membawa pulang  tiga pingat emas.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (19 September).

Menurut Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun, mereka bukan sahaja mewakili pasukan tetapi mewakili peminat-peminat sukan, kerajaan negeri dan rakyat Terengganu khususnya.

"Saya yakin dengan kemampuan Atlet Petanque Terengganu yang ternyata menunjukkan kesungguhan dan semangat.


"Pencapaian mereka setakat ini alhamdulillah memberangsangkan," tambahnya.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: