Monday, 17 September 2018

SUKMA 2018: Pembangunan Sukan Terengganu Serlah Pencapaian

SHARE


Samiun Salleh.

Pembangunan dan pelan strategik yang dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memperlihatkan hasil dalam pencapaian atlet negeri itu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke- 19 di Perak.

Ketua Kontijen SUKMA Terengganu, Samiun Salleh berkata, pembangunan sukan di Terengganu terdiri daripada pelbagai peringkat.

"Selepas SUKMA di Sarawak dua tahun lalu, kita terus melaksanakan pelan strategik untuk SUKMA 2018 dan SUKMA 2020.

"Hasilnya kita berjaya mengekalkan pencapaian walaupun dibarisi ramai atlet muda.

"Saya selaku ketua kontijen berterima kasih kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan negeri yang memberi sokongan penuh kepada pembangunan sukan negeri," katanya ketika ditemubual pihak RTM, semalam.


Beliau turut berpuas hati dengan pungutan pingat  dari kontinjen  Terengganu yang melebihi sasaran bagi 10 hari pertama kejohanan.

"Kami mengadakan mesyuarat setiap dua hari, selain sentiasa berkomunikasi dan memberi kata-kata semangat menggunakan aplikasi yang ada antara atlet dan ketua pasukan. 

"Ini membantu kita mengetahui sebarang keperluan, perkembangan dan isu-isu yang timbul dapat diatasi segera," katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: