Saturday, 22 September 2018

SUKMA 2018: Memanah Turut Menyumbang

SHARE
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) turun padang meninjau keadaan anak angkatnya, jurulatih dan pemain Pasukan Memanah Terengganu.
Oleh : Syaharulhafizi Shamsudin

SERI ISKANDAR - Acara Memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang menutup tirai semalam, akhirnya menghasilkan dua emas, tiga perak dan lima gangsa untuk kontinjen Terengganu.

Penyumbang pingat secara individu, Nur Aqilah Yusof, Emas (30M Recurve Women), Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuan, (emas serta dua perak acara 30M, 50M dan 70M Recurve Men), Athirah Auni Mat Yatya, (perak dan gangsa acara 60M dan 70M Compound Women) dan Mohamad Syafiq Md Ariffin (dua gangsa acara 30M dan 90M Compound Men).

Pemenang pingat gangsa berkumpulan Compound Lelaki, Muhamad Alif Haikal Biamin, Mohamad Syafiq Md Ariffin, Muhammad Hazmi Aisar Azmi dan Mohamad Saiful Adli Mat Zin.

Manakala penerima pingat gangsa secara berkumpulan Recurve Wanita dimenangi Nur Aqilah  Yusof, Nuramalia Haneesha Mazlan, Sufia Nabilah Subarjo dan Nur Balqis Biamin.


Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kalah dan menang adalah adat permainan dan itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Namun apa yang paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita hajati.

“Saya yakin, mereka telah melakukan yang terbaik dalam temasya ini. Namun, takdir telah ditentukan oleh Allah dan masih banyak ruang lagi dalam perlawanan yang akan datang. Jangan sesekali berputus asa serta jadikan kekalahan ini adalah satu semangat untuk terus berjuang,” ujar beliau dipetik dari laman facebook rasmi beliau semalam.

Mohd Nor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti atlet, jurulatih serta pihak pengurusan dalam berganding bahu demi mengharumkan Negeri Terengganu.


Sebelum itu, beliau bersama isteri turut hadir memberikan semangat kepada Pasukan Memanah Terengganu sebagai  sukan angkat beliau di Lapang Sasar, Universiti Teknologi Petronas, Perak.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: