Friday, 21 September 2018

SUKMA 2018: MB Turun Gelanggang, Suntik Semangat Atlet

SHARE
Dr. Samsuri meraikan kemenangan skuad berbasikal.


IPOH- Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa menyaksikan acara berbasikal trek sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Velodrom Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau turun ke lapangan acara individu lelaki Pursuit 4KM melibatkan pelumba Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan yang berjaya menggondol emas dengan catatan masa 04:44:215s.

Dr. Samsuri yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya turut menyampaikan pingat kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham yang memenangi emas dan perak acara Women's Scratch 10KM.

Menteri besar sempat mencuba basikal pelumba sambil disaksikan Wan Abdul Rahman.

Beliau yang turun beramah mesra dengan pelumba-pelumba menyatakan kegembiraan dan kebanggaannya dengan kejayaan Terengganu mendominasi kebanyakan acara.

Semalam, Dr. Samsuri sempat menyampaikan pingat emas 200M wanita kepada ratu pecut SUKMA, Azreen Nabila Alias yang menjuarai acara itu setelah memecahkan rekod baru 100M wanita dengan catatan 11.81s di Stadium Perak, di sini.

Berbaki sehari temasya SUKMA, pasukan Terengganu terus mengekalkan kedudukan teratas dengan pungutan 53 emas, 48 perak dan 51 gangsa dan dijangka pulang sebagai juara keseluruhan.

Meraikan Azreen Nabila selaku ratu pecut baharu SUKMA.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: