Wednesday, 19 September 2018

SUKMA 2018: Kuartert Terengganu Hadiah Emas Berganda

SHARE
Kuartet wanita bersama bapa angkat olahraga, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh.


IPOH - Kem Terengganu petang ini ceria apabila dihadiahkan pingat berganda oleh pasukan olahraga dengan pungutan dua emas dalam acara 4 X 100 meter yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, hari ini.

Kuartert wanita diwakili Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka, Azreen Nabila Alias, Nurul Alyssa Azman dan Siti Norzullaika Ramli menggondol emas setelah mudah mengatasi kuartet Sabah (perak) dan Kedah (gangsa) dengan catatan masa 47.01s.

Gandingan itu memperbaiki rekod SUKMA Sarawak 2016 lalu yang hanya membawa pulang pingat perak dengan catatan masa 47.56s.
Pencapaian luar biasa kuartert lelaki raih emas.

Manakala, kuartert lelaki meraih emas menerusi gandingan Muhammad Saifuldin Rizuan Mohamad Ariffin, Muhammad Zulfiqar Ismail, Ahmad Firdaus Zakaria dan Abdul Wafiy Roslan dengan catatan 40.21s.

Pada SUKMA 2016 di Sarawak, Terengganu tidak menghantar wakil dalam saingan yang menyaksikan rekod 4X100M lelaki SUKMA diperbaharui oleh kuartet Melaka dengan catatan 39.89s.

Dalam pada itu, Ruslem Zikry Putra turut menghadiahkan gangsa dalam acara 400M Hurdles lelaki.


Ruslem turut menyumbang pingat.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: