Sunday, 9 September 2018

SUKMA 2018 : Karate Sasar Satu Pingat Emas

SHARE

Oleh : Aminji

KUALA TERENGGANU - Pasukan karate Terengganu mesasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, bermula Selasa ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat 2 negeri, Ab.Razak Ibrahim berkata, walaupun atlet karate Terengganu terdiri daripada atlet baharu, ini bukan halangan untuk merangkul emas.

"Walaupun baru dan kurang pengalaman tidak sesekali mematahkan semangat dan berusaha untuk mendapatkan emas,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bapa Angkat Dengan Atlet Sukan Karate di Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 3  September lalu.

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT),  Ibni Amin Busu, Timbalan MSNT, Mohd Sabri Alias serta pegawai-pegawai MSNT.

Ab.Razak Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, semua atlet sukan karate sedang menjalankan latihan yang bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk SUKMA ini.

“Saya amat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan pasukan karate sempena SUKMA 2018 ini yang terdiri daripada 10 pemain, dua jurulatih dan dua pengurus.

"Saya doakan pasukan karate Negeri Terengganu terus berjaya dalam SUKMA 2018 dan mampu mengembalikan kejayaan yang terdahulu,"katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: