Wednesday, 12 September 2018

SUKMA 2018 : Judo Tuai Tiga Emas

SHARE

IPOH - Pasukan judo  menyumbangkan tiga emas, satu perak dan satu gangsa untuk membawa Terengganu ke kedudukan teratas pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke-19. sehingga petang ini.

Emas disumbangkan Muhammad Izham Harun (bawah 60kg  lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita.

Pingat perak pula disumbangkan oleh Muhammad Alif Asnawi Azman (bawah 55kg lelaki) serta gangsa pula terhasil daripada Muhammad Nur Muizzuddin Mahsan (bawah 66kg lelaki) dan Zuraida Ahmad (bawah 63kg wanita).


Acara seni mempertahankan diri berkenaan yang bermula hari ini dan berakhir pada Jumaat ini (14 September) berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian, Kerian, di sini, menawarkan keseluruhan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa.

Pasukan judo Terengganu diperkuatkan di bawah ketua jurulatih Marjan Abdullah dan dibarisi 18 atlet pula mensasarkan lima emas, dua perak dan lima gangsa sepanjang temasya kali ini.


SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 September ini mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: