![]() |
Cikgu Alias Harun melawat atlet-atlet Muay Thai Terengganu yang berentap di SUKMA 2018. |
IPOH - Atlet sukan Muay Thai yang mewakili Terengganu dalam Sukan
Malaysia (SUKMA) ke-19, di Ipoh, Perak diingatkan agar tidak meninggalkan solat
walaupun dalam keadaaan masa pertandingan
yang agak terhad.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan
Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun
berkata, perkara wajib itu perlu
diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun.
"Sekiranya kita lalai, kita akan dimurkai oleh Allah.
"Bila kita di gelanggang, kita sentiasa tumpu kepada
musuh, tetapi hati kita tidak harus lupa kepada Allah.
"Mudah-mudahan Allah lindungkan kita daripada berlaku
kecederaan.
"Semoga Allah jaga keselamatan kita semua," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengunjungi atlet-atlet tersebut di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik, Ipoh, hari ini (18 September).
"Semoga Allah jaga keselamatan kita semua," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengunjungi atlet-atlet tersebut di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik, Ipoh, hari ini (18 September).
Beliau yang merupakan bapa angkat sukan Muay Thai mengharapkan agar Pasukan Muay Thai Terengganu dapat merampas lebih banyak emas untuk dihadiahkan kepada Terengganu sekaligus mampu menjadi juara SUKMA 2018.
"Walaupun pada sasaran awal hanya dua emas, tetapi kita berdoa kepada Allah
dengan latihan yang mencukupi dan persembahan yang memberangsangkan, insya-Allah banyak lagi kejayaan dapat dicapai", tambahnya lagi.
Setakat ini, seramai tiga peserta telah layak ke separuh
akhir acara sukan Muay Thai SUKMA.
0 komen: