Tuesday, 18 September 2018

SUKMA 2018: Impian Terengganu Lebur

SHARE
Hishamuddin Abdul Karim dihubungi pemberita ketika turun padang memberi galakan kepada kontinjen Terengganu.
Oleh : Mohd Zukifli Mat

IPOH - Terengganu hampa apabila terlepas peluang ibu segala pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak apabila tewas kepada pasukan Kedah 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, malam tadi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun tewas di tangan pasukan Kedah, beliau akur dan berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Secara peribadi, saya berpuas hati dengan corak dan kualiti persembahan pemain Terengganu pada malam ini.

"Hanya nasib yang tidak menyebelahi Terengganu setelah tendangan penalti di masa tambahan oleh pasukan lawan.

"Apapun kita bersyukur dan akan terus perbaiki mutu dan kualiti pasukan", ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (18 September).

Hishamuddin Abdul Karim hadir bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut.


Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, beliau merakamkan ucapan tahniah buat pasukan Kedah dan mengharapkan Terengganu terus bangkit untuk perlawanan menentang Sabah pada 19 September nanti.

"Terengganu masih berpeluang untuk meraih pingat gangsa dan masih berpeluang untuk menyumbang jumlah pingat yang dikutip kontijen Terengganu.

"Alhamdulillah, sehingga sekarang, Terengganu masih mengungguli jumlah kutipan pingat sempena SUKMA kali ini," tambahnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: