Saturday, 22 September 2018

SUKMA 2018: Berbasikal Idam Lepasi Sasaran Emas

SHARE
Pasukan Terengganu meraikan kejayaan melepasi sasaran emas.
IPOH - Jurulatih pasukan berbasikal, Said Muhammad Husaini Said Mazlan, menyeru para atlet di bawahnya untuk membawa pulang lebih banyak pingat emas buat pasukan Terengganu.

Hari ini, Terengganu telah menepati sasaran 53 emas setelah memungut satu emas menerusi boling padang (Triples Fin lelaki), tiga daripada tinju (64kg, 60kg dan 52kg), satu menerusi renang (1500M lelaki) dan satu daripada basikal (Pursuit 4KM lelaki).

"Esok kita ada lima acara akhir iaitu Pursuit berpasukan lelaki dan wanita, Strech Race 10KM, lndividu Pursuit wanita dan Keirin wanita.
Wan Abdul Rahman menang emas berbasikal hari ini.

"Jadi kita mengharapkan tiga emas terhasil esok di mana ia dapat membantu Terengganu menjadi pasukan terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.

"Setakat ini, pelumba kita berada dalam kondisi terbaik dan prestasi mereka konsisten dalam setiap perlumbaan. Kami cuma membantu mereka menyerap tekanan supaya keyakinan kekal tinggi," katanya.

Beliau juga menyatakan, mereka telah sasaran 9 pingat emas pasukan berbasikal yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri.

"Kami mengumpul empat emas daripada acara extrem dan lima daripada acara jalan raya. Kita juga memperoleh bonus dua emas melalui trek yang mana kita dianggap 'underdog' dalam acara ini.

"Untuk esok, saya terapkan pelumba supaya 'enjoy to race' disamping berusaha menyumbang pingat sebagai tanda cinta kepada negeri," katanya.

Menjelang hari terakhir kejohanan, Terengganu kekal di kedudukan teratas meninggalkan Wilayah Persekutuan yang mengumpul 50 emas, 38 perak dan 50 gangsa di tangga kedua.

Ini mencerahkan peluang kontijen dari pantai timur itu yang mengimpikan gelaran juara keseluruhan setelah kali terakhir memenanginya di SUKMA 2012 di Pahang.

Pasukan berbasikal tetap optimis tambah emas walaupun bergelar 'underdog' di trek.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: