Monday, 17 September 2018

SUKMA 2018: Angkatan Emas Darul Pecah Rekod Kejohanan

SHARE
Pasukan angkat berat meraikan kejayaan Darul.


TAPAH- Atlet angkat berat, Muhamad Darul Najmi Dollah, 21, meraih pingat emas buat Terengganu dalam acara 69 kg Clean & Jerk sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Dewan Merdeka Majlis Daerah Tapah, semalam.

Angkatan seberat 164 kilogram (kg) itu sekaligus memecahkan rekod kejohanan yang dipegang bekas atlet kebangsaan, Mohd Hafifi Mansor  seberat 163 kg ketika di Perlis empat tahun lalu.

Pengurus pasukan, Muhammad Hilmi Haris menyifatkan kemenangan Darul Najmi sesuatu keputusan luar jangka.

"Kita hanya mensasarkan pingat perak bagi snatch dan gangsa bagi clean & jerk bagi Darul. Tetapi beliau berjaya merangkul emas dalam kedua-duanya.
Hilmi menyampaikan insentif MSNT kepada Darul atas pungutan pingat emas.

"Paling manis, Darul merakam sejarah baru buat pasukan angkat berat apabila memecahkan rekod Clean & Jerk SUKMA yang kita miliki.

"Saya bangga dengan keputusan dan prestasi atlet-atlet negeri terengganu kerana berjaya merebut peluang yang yang ada dalam meraih sebanyak mungkin pingat yang ditawarkan," katanya.

Sehingga hari ini, Terengganu mendahului negeri negeri lain dengan pungutan pingat 3 emas 2 perak dan 5 gangsa bagi sukan angkat berat.

Beberapa atlet baru telah menunjukkan pencapaian pertandingan seperti Ahmad Faiz Imran Mohd Narizan (kategori 62kg) yang berjaya menyumbang gangsa dalam penyertaan pertamanya.


Muhammad Saiful Irfan (kiri) dan Ahmad Faiz Imran (kanan) sumbang gangsa buat Terengganu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: