Sunday, 16 September 2018

Siap Sedia Hadapi PRU15- Presiden PAS

SHARE
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

KUALA NERUS, 15 September - Dalam 'Post-Moterm'nya, PAS mendapati sokongan pengundi teras dan pengundi atas pagar meningkat melebihi 2.04 juta atau 18 peratus undi popular. 

Sokongan itu dijangka meningkat ketika parti itu menghadapi Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15)  yang dijangka diadakan tidak sampai lima tahun seperti kebiasaannya. 

Justeru Presiden PAS,  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti persiap sedia menghadapi pilihan raya itu dari sekarang.

Beliau membuat arahan itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini. 

Kira-kira 10,000 perwakilan,  pemerhati dan wakil-wakil entiti politik dalam dan luar negeri hadir di muktamar tersebut. 

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata,  PAS telah menjalankan 'post moterm' terhadap pencapaian dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14)  dengan mengambil kira pandangan semua pihak. 

Ini termasuk jentera parti di peringkat kawasan dan negeri mahupun pandangan luar termasuk ahli akademik,  badan pemikir dan tokoh masyarakat. 

"Semua maklumbalas dan pandangan yang diterima akan diperhalusi oleh Jawatankuasa 'Post-Moterm',  bagi mengemukakan syor dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi PRU15 kelak. 

"Ini termasuk dalam aspek kelemahan yang perlu diperbaiki, misalnya penguasaan media sosial,  penyampaian mesej kepada bukan Islam dan pengundi muda serta pendaftaran pengundi, " jelasnya. 

Menurut beliau aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan ialah penambahan ahli dan cawangan,  kesediaan jentera,  kualiti calon dan tawaran manifesto yang boleh dilaksanakan. 
SHARE

Author: verified_user


0 komen: