Wednesday, 26 September 2018

Semai Minat, Keikhlasan Dalam Bekerja

SHARE



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera di minta agar menyemai  minat dan menzahirkan keikhlasan dalam setiap  kerja yang telah diamanahkan.

Pengawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata peluang berkhidmat dan bekerja sebagai kakitangan IMITS gunakan sebaik-baiknya.

"Lakukan kerja dengan penuh minat dan keikhlasan, jangan bekerja sambil lewa.

"Gunakan peluang yang ada untuk menyumbang dan menguatkan pentadbiran kerajaan negeri," ucapnya.


Beliau berucap demikian ketika hadir didalam Program 'brain storming' IMITS di Rumah Rehat Pasir Raja, Dungun, baru-baru ini.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Bukit Besi turut menyatakan anugerah kemenangan ini adalah dari Allah, di mana ianya disusuli dengan amanah yang mesti dipertanggungjawabkan.

Katanya, anugerah ini dari Allah setelah 12 tahun kita menanti,  maka perlu diingat ianya  imbuhan untuk kita bergerak dan bekerja.

“Kalau nak difikirkan dahulu kita dalam keadaan susah,namun kita cekal berusaha bagi memastikan PAS mencapai kemenangan (mentadbir kerajaan negeri .

“Dalam melakukan kerja didalam IMITS pastikan jangan ada sifat pentingkan diri, jangan ada sifat nak bersaing sebaliknya perlu saling lengkap melengkapi.," ujarnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: