Thursday, 13 September 2018

Sebat Syarie Jadi "Free Marketing"

SHARE
Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Mohamed
KUALA TERENGGANU - Kejayaan Negeri Terengganu melaksanakan sebatan Syarie ke atas pasangan lesbian baru-baru ini menghasilkan 'pasaran bebas' (free marketing) atau menjadi viral, sehingga berjaya membuka mata banyak pihak.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, perlaksanaan hukuman tersebut telah menjadi perbincangan hangat seluruh rakyat Malaysia dewasa ini.

  "Inilah yang disebut sebagai "free makerting' iaitu hukuman dilaksanakan di Terengganu tetapi rakyat seluruh Malaysia yang berbincang perihalnya," kata beliau ketika menyampaikan ucaputama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini 13 September yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dato' Dr Mahfodz berkata, sebagaimana sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah di Terengganu ke atas pasangan lesbian, telah berjaya membuka mata banyak pihak.

  "Ada yang memuji dan mengambil pengajaran daripada keindahan perundangan Islam namun ada juga yang menentang dan mempertikaikannnya.

  "Tugas kita ialah terus melaksanakan kerja-kerja Islam serta memberikan penerangan menurut perspektif syariat. Bukan semua yang menentang hukuman tersebut malah ada yang bersetuju," jelasnya.

  Terdahulu itu beliau berkata, PAS secara jelas menyatakan pendirian dalam pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di mahkamah syariah bahawa ia terbatas dengan Akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

  Disebabkan itu katanya, Tuan Guru Presiden PAS, (Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) selaku Ahli Parlimen Marang membawa usul persendirian menerusi Rang Undang-undang 355 bagi membolehkan mahkamah syariah dapat diperkasakan.

  "Malangnya dan amat menyedihkan ia ditentang bukan sahaja dari kalangan ahli parlimen bukan Islam malah terdapat juga ahli parlimen beragama Islam yang tidak bersetuju dengan usul itu dengan alasan yang pelbagai," ujarnya.

  Justeru, Dato' Dr Mahfodz berkata, terhalangnya keindahan dan rahmat Islam kadang kala dengan sebab sikap orang Islam sendiri.

  "Benarlah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh bahawa Islam terhalang dengan sebab sikap orang Islam sendiri," ujarnya lagi.
SHARE

Author: verified_user


0 komen: