Sunday, 2 September 2018

Saran Pengusaha Naik Taraf CCTV Bagi Elak Kecurian Sarang Burung Walit

SHARE



Oleh : Ariss Alias

SETIU - Pengusaha sarang burung walit di daerah ini disaran menaik taraf sistem
pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kes kecurian sarang burung.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kaedah ini perlu bagi memberi amaran yang lebih cepat dan tepat kepada pengusaha.

“Pengusaha dinasihatkan agar menaik taraf kepada CCTV yang lebih berkualiti dan tempatkan alat tersebut di tempat tersorok serta memasang penggera yang dapat memberi maklumat terus kepada pengusaha.

“Di samping itu, mereka (pengusaha) juga hendaklah tidak mementingkan diri dan saling bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan bersama pengusaha burung walit peringkat Daerah Setiu bertempat di dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, satu mesyuarat juga akan diadakan dengan Jabatan Veterinar bagi membincangkan kaedah terbaikuntuk  mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha burung walit.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: